Senarai Resepi Penyediaan Makanan Bayi

Sebelum penyediaan makanan untuk bayi sebagai parent kita harus tahu tekstur makanan yang sesuai untuk anak mengikut umurnya

Bayi 5-6 bulan
Tekstur makanan puri (halus)
Minuman susuibu
Senarai Makanan : beras,pisang,ubi kentang,keledek,lobak merah
Perlu dielakkan : garam,gulatelur,kekacang

Bayi 6-8 bulan

Tekstur makanan puri yg sedikit kasar
Minuman susuibu,air masak,jus buahan yg dicairkan
Senarai Makanan : Buah-buahan,sayuran,telur
Perlu dielakkan : susu lembu segar,telur putih,ikan dlm tin

Bayi 8-9 bulan

Tekstur makanan lenyek atau kisar
Minuman susuibu atau susu formula,air masak
Senarai Makanan : Buah-buahan,sayur-sayuran,telur
Perlu dielakkan : susu lembu segar,telur putih,ikan dlm tin


Bayi 9-12 bulan

Tekstur makanan cincang
Minuman susuibu atau susu formula,air masak,jus buahan yg dicairkan
Senarai Makanan : Buah-buahan,sayuran,ikan,daging,produk tenusu,telur
Perlu dielakkan : telur putih,cili,garam,gula


Bayi 12-18 bulan
Tekstur makanan cincang
Minuman susuibu atau susu formula,air masak,jus buah-buahan yg dicairkan
Senarai Makanan : sama seperti keperluan seluruh ahli keluarga
Telur mentah,cili dan kerang-kerangan

First bayi diperkenalkan dengan solid food biasanya start 6 bulan and ada parent yang perkenal solid food buat
anak selepas 2 tahun tapi kalau time 2 tahun dah ada gigi so boleh perkenal bubur nasi ysng kasarlah tapi untuk bayi yg start 6 bulan kita start dengan puree.
Buat puree Rebus/stim buah/sayur. Kalau rebus, kena rebus satu2 buah/sayur... gunakan sikit je air dan api kecik ye. Kalau stim, boleh stim sekali 2/3 jenis2 sayur/buah...
 

Sayur yg baby boleh makan:


        Bayam Hijau@Merah
        Brocoli
        Kentang
        Carrot
        Pumpkin
        Avocado
        Cauliflower
        Appricot ( blend dgn belender kering dulu)
        Cranberry


Buah yang baby boleh makan -jangan lupa buang kulit dulu :



        Pear
        Apple Merah
        Pisang
        Strawberry
        Blueberry 


Ikan yang boleh di makan boleh start dalam 8 bulan


        ikan salmon (mmg banyak khasiat)
        ikan yu
        ikan kurau

bayi anda perlu dijaga dari segi pemakanannya. Ikuti tip-tip yang berikut;


1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.

2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.

3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur.

4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu.

5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.

6. Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.

7. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan manakala bayi yang menyusu formula, bergantung kepada kehendak bayi (4-6 bulan). Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.

8. Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5 bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.

9. Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan. Sebaik-baiknya, anda juga turut makan sedikit makanan tersebut kerana bayi akan mengikut apa yang ibu/ bapanya lakukan.

10. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan ‘no preservative’ atau ‘no sugar added’.

11. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.

12. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.

13. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.

14. Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.

15. Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi

Petikan dari sumber


Resepi 9 Bulan Ke Atas


1. Snek Pisang + Oat


Bahan-bahan
1 biji pisang masak, dipotong menjadi potongan kecil
1/2 cawan bijirin oat

Cara-cara
Kisar bijirin oat menggunakan pengisar atau alat memproses makanan
Kukus hirisan pisang selama 10 minit
Letakkan hirisan ke dalam mangkuk dan campurkan dengan oat yang telah dikisar
Uli campuran untuk membentuk doh yang melekit
Potong doh menjadi kepingan bersaiz kecil yang sesuai untuk bayi anda
Letakkn kepingan dengan jarak 1 inci di atas kertas silikon dan bakar selama 15 minit sehingga perang keemasan
Hidangkan apabila sejuk

2. Pasta Abjad + Pesto



Bahan-bahan
1/2 cawan pasta abjad mini
100g dada ayam tanpa tulang dan kulit dipotong kecil
1 cawan brokoli kecil, dipotong kecil
1/2 cawan kacang pis sejuk beku
1 cawan kobis bunga, dipotong kecil

Cara-cara
Rebus pasta selama 6 minit. Toskan air dan cedukkan ke dalam mangkuk
basuh sayur-sayuran dan kukus dengan ayam selama 20 minit atau sehingga lembut
Potong sayur-sayuran dan ayam atau kisar campuran itu dengan kasar
Tuangkan campuran ke atas pasta dan hidangkan


3. Bubur Nasi Ayam + Carrot

Bahan-bahan
1/2 cawan beras
150g dada ayam tanpa kulit dan tulang dipotong kecil
1 lobak merah kecil, dikupas dan mdipotong dadu
1/2 sudu kecil minyak zaitun

Cara-cara
Rebus ayam dan kiub lobak merah dengan beras bersama 1 cawan air selama 30 minit dalam periuk tertutup di atas api sederhana rendah.
Sendukkan bubur nasi yang telah disejukkan ke dalam mangkuk kecil
Apabila dihidangkan, titiskan minyak zaitun ke atas bubur nasi


4. Sup Krim Jagung + Kobis Bunga + Ikan

Bahan-bahan
1/2 keping filet ikan
1/4 cawan jagung sejukbeku, dibasuh
1 cawan kobis bunga, dicuci dan dipotong kecil
1/4 cawan susu

Cara-cara
Kukus ikan dan kobis bungan selama 15 minit atau sehingga lembut
Masak jagung selama 20 minit di dalam secawan air mendidih sehinga lembut
Potong sayur-sayuran atau kisar dengan kasar
Kisar jagung sehingga sebati dengan susu
Hidangkan semasa panas


5. Mee Sua + Tauhu


Bahan-bahan
100g dada ayam tanpa tulang dan kulit, dipotong kecil
1 sudu besar minyak zaitun
1 biji bawang merah kecil, dikisar
1 ulas bawang putih, dikisar
1 keping tauhu, dipotong kecil
1/2 cawan labu, distim
1 simpul mee sua

Cara-cara
Rendamkan mee sua dalam air didih selama beberapa saat atau sehingg lembut.
Toskan dan letakkan mee sua ke dalam mangkuk
Perapka ketulan ayam dengan bawang merah kecil dan bawang putih yang telah dikisar selama 15 minit
Didihkan ayam yang telah diperap dan kepingan tuhu dalam 3/4 cawan air selama 15 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya
Tuangkan sup ayam dan tauhu ke atas mee sua dan hidangkan



6. Bubur Ikan + Sayur-sayuran




Bahan-bahan
60 g (¼ cawan) isi ikan tanpa tulang dicincang halus
20 g (2 sudu makan) kacang buncis dicincang halus
20 g (2 sudu makan) lobak merah dicincang halus
25 g (1 biji) tomato dicincang halus
15 g (1 sudu makan) ubi kentang dicincang halus
5 g (1 ulas) bawang putih, dicincang halus
300 ml (1½ cawan) stok ikan bilis
5 ml (1 sudu teh) minyak sayuran 

Cara-cara
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng bawang putih sehingga wangi. Masukkan isi ikan dan tumis selama 5 minit. Asingkan di atas pinggan.
Masukkan satu persatu sayur-sayuran ke dalam kuali; kentang, lobak merah, dan akhir sekali kacang buncis. Tumis selama 3 minit atau sehingga sayur menjadi lembut.
Masukkan stok ikan bilis dan ikan. Rebus selama 10 minit. Masukkan tomato.
Lenyek dan hidangkan bersama nasi lembik.
7. Sup Sayur + Kacang Dhal + Ikan

Bahan-Bahan
50 g (1/2 cup) kacang dhal, direndam semalaman 
30 g (2 sudu makan) kacang pis, dibuang kulit 
25 g (1 biji) tomato, dibelah empat 
45 g (1/2 biji) ubi kentang, dipotong dadu 
60 g (1/2 cawan) lobak merah, dipotong dadu 
76 g (1/2 keping) tauhu, dipotong dadu 
30 g (1/3 cawan) kobis, dicincang 
1750 ml (7 cawan) stok ayam rebusan sendiri 
Garam secukup rasa
 
Cara-cara
Rebuskan stok ayam dan kacang dhal di dalam periuk selama 30 minit. 
Masukkan ubi kentang, lobak merah dan kacang pis. Rebus sehingga  lembut. 
Masukkan kobis ke dalam periuk dan teruskan merebus selama 3 minit. 
Masukkan tomato dan tauhu. 
Masukkan garam dan renehkan sup selama 1 minit. 
Hidangkan panas bersama dengan nasi. 

8. Bihun Sup + Ubi Keledek + Sayuran


Bahan-Bahan
15 g bihun, direndam dalam air sejuk selama 10 minit 
15 g (1 sudu makan) ubi keledek, dikupas dan dipotong dadu 
10 g (1 sudu makan) lobak merah dipotong dadu 
15 g (1 sudu makan) bunga kobis, dipotong dadu 
60 g (¼ cawan) isi ikan (tenggiri/kurau/ikan merah) 
400 ml (1¾ cawan) air

Cara-cara
Didihkan air di dalam periuk. 
Masukkan ubi keledek dan lobak merah dan masak sehingga lembut. 
Masukkan bunga kobis dan diikuti dengan ikan. Masak sehingga lembut. 
Masukkan bihun, teruskan memasak sehingga bihun menjadi lembut. 
Lenyek sehingga lembik dengan menambah air yang secukupnya 


9. Sweet Corn + Potato + Chicken Mix

 
Bahan-Bahan
60 g (¼ cawan) dada ayam, dimasak, dibuang tulang dan kulit. 
90 g (1 biji) ubi kentang, dikupas dan dipotong dadu 
20 g (2 sudu makan) lobak merah, dipotong dadu 
30 g (2 sudu makan) jagung manis 
125 ml (½ cawan) stok ayam 
30 ml (2 sudu makan) susu ibu 
10 g (1 sudu makan) bawang besar, dicincang
Cara-cara
Rebus bawang besar dengan stok ayam di dalam periuk. 
Masukkan ubi kentang. Tutup dan renehkan selama 15 minit sahingga ubi kentang menjadi lembut. 
Masukkan jagung dan masak lagi selama 2-3 minit. 
Akhirnya masukkan ayam dan rebus sehingga masak. 
Kisar campuran sehingga menjadi kasar. 
Masukkan susu ibu dan hidang.







Sumber: Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda (Jilid 1). 2011. Nutrition Society of Malaysia.




Ulasan

Catatan Popular